Tentang Kami

VOQQ SKIN CARE diasaskan oleh Datin Nur Samsidar bersama suaminya Dato Megat Sallehudin.

Ianya bermula dengan DS PESONA BEAUTY SPA yang diusahakan di ibu kota sejak tahun 2016 lagi. Ketika itu, spa yang menggunakan produk berasaskan rempah ratus dan juga herba, banyak di pasaran. Kerana mahukan kelainan pada produk perawatan wajah yang ditawarkan di DS Pesona Beauty Spa , maka pengasasnya telah memilih untuk menggunakan produk yang berasaskan buah tomato.

6

bulan


menjalani R&D, maka terhasillah dua produk pertama di bawah label syarikat DS Pesona Beauty.
2

tahun


Dipasaran dan permintaan semakin meningkat.

Setelah enam bulan menjalani R&D, maka terhasillah dua produk pertama di bawah label syarikat DS Pesona Beauty, iaitu

ANTI AGING CREAM (Krim Anti Penuaan) dan FACIAL WASH (Pencuci Muka) dan nama VOQQ menjadi pilihan untuk penjenamaan.

Atas sambutan hangat yang diberikan oleh pengguna juga, VOQQ SKINCARE tidak menunggu lama untuk hadir dengan produk ketiga. Melengkapkan rejim penjagaan wajah VOQQ, TONER (Penyegar) pula dihasilkan.

Yang pasti, KESEMUA produk di bawah jenama VOQQ ini dihasilkan dengan menggunakan ekstrak buah tomato disebabkan pelbagai khasiatnya yang sangat baik untuk kulit.

Powered by themekiller.com