Voqq Skincare diasaskan oleh Datin Nur Samsidar bersama suaminya Dato Megat Sallehudin.

Ianya bermula dengan DS PESONA BEAUTY SPA yang diusahakan di ibu kota sejak tahun 2016 lagi. Ketika itu, spa yang menggunakan produk berasaskan rempah ratus dan juga herba, banyak di pasaran. Kerana mahukan kelainan pada produk perawatan wajah yang ditawarkan di DS Pesona Beauty Spa , maka pengasasnya telah memilih untuk menggunakan produk yang berasaskan buah tomato.

Kenapa tomato? Ini kerana pengasasnya sendiri (Datin Nursamsidar dan Dato Megat Sallehudin) sudah lama menggunakan buah tomato ini untuk kulit wajah mereka dan ia sangat serasi.

Berasakan perlu berkongsi kebaikan tersebut, maka pengasasnya telah memilih produk yang berasaskan buah tomato untuk digunakan di spa. Maklum balas yang diterima daripada pelanggan sungguh mengejutkan kerana mereka amat menyukai produk seperti ini. Kata mereka, ia sangat memberikan kesan positif kepada kulit wajah mereka.

Bermula daripada situlah, timbulnya idea untuk menghasilkan produk sendiri berasaskan buah tomato ini.

Setelah enam bulan menjalani R&D, maka terhasillah dua produk pertama di bawah label syarikat DS Pesona Beauty, iaitu

ANTI AGING CREAM (Krim Anti Penuaan) dan FACIAL WASH (Pencuci Muka) dan nama VOQQ menjadi pilihan untuk penjenamaan.

Atas sambutan hangat yang diberikan oleh pengguna juga, VOQQ SKINCARE tidak menunggu lama untuk hadir dengan produk ketiga. Melengkapkan rejim penjagaan wajah VOQQ, TONER (Penyegar) pula dihasilkan. Yang pasti, KESEMUA produk di bawah jenama VOQQ ini dihasilkan dengan menggunakan ekstrak buah tomato disebabkan pelbagai khasiatnya yang sangat baik untuk kulit.

KEISTIMEWAAN PENCUCI MUKA (Facial Wash):

• Telah diadun bersama dengan OAT bagi membantu meneutralkan tahap keasidan kulit sehingga dapat meredakan gatal atau rasa tidak selesa pada kulit.

KEISTIMEWAAN ANTI AGING CREAM (KRIM ANTI PENUAAN):

• Dihasilkan menggunakan TEKNOLOGI VAKUM untuk menyedut udara yang bercampur masuk ke dalam krim semasa proses pembuatan bagi menghasilkan tekstur seperti NATTO.

• Merupakan FORMULA BUATAN TANGAN yang bebas daripada surfaktan dan silikon, yang membolehkan ia menyerap dengan lebih baik ke dalam kulit berbanding dengan krim-krim lain.

• Ia juga dihasilkan menggunakan proses PENGURAIAN SEMULA JADI menggunakan minyak dan mentega untuk mengelakkan keregangan, mengekalkan kelembapan serta kelembutan krim.

KEISTIMEWAAN TONER (Penyegar):
• Membantu kesegaran wajah, sekaligus mengembalikan warna kulit lebih cerah.

HARGA PRODUK:

• ANTI AGING CREAM:RM80.00

• FACIAL WASH: RM70.00

• TONER: RM75.00