Pilih Permakanan Terbaik

Beauty Skin Products Made From Tomato Extract
August 9, 2018
3 Minggu Pakai Voqq, Lihat Gambar Terkini Saya – Lala Rahim
September 19, 2018

Pilih Permakanan Terbaik

Pelbagai penyakit gaya hidup yang kerap dipaparkan di media membuatkan ramai individu mula mengambil keputusan menjaga pemakanan mereka. Ini ditambah faktor peningkatan usia membuatkan kesedaran mengenai amalan sihat semakin menarik perhatian terutama wanita.

Diabetes, penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan kanser menjadi antara penyakit yang paling ditakuti. Oleh itu rata-rata wanita mulai sedar akan bahaya dan mengambil langkah pencegahan awal dengan mengehadkan jumlah makanan serta memilih jenis makanan seharian.

Bagi Datin Nur Samsidar Mohd Zain, 34, dia mulai sedar pentingnya memilih makanan berkhasiat sebaik usia mencecah 30-an. Sebagai wanita, juga berperanan sebagai isteri dan ibu, kesihatan sangat penting.

Bagi mencapai tujuan ini perubahan perlu dilakukan antaranya dengan memperbanyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam menu seharian serta mengurangkan pengambilan nasi.

Saya mulai mengurangkan pengambilan nasi seharian. Jika dulu tiga kali sehari kini hanya dihadkan dua kali saja iaitu tengah hari dan malam. Setiap hidangan adalah mengikut sukatan seperti disarankan pakar pemakanan iaitu suku-suku-separuh dan menikmati makan malam sebelum jam 7 malam.

Saya memilih beras perang kerana kurang kanji. Nasi saya hadkan kepada suku hidangan saja, diikuti makanan berprotein seperti ayam, daging atau ikan yang dibakar manakala separuh pinggan adalah untuk sayur-sayuran dan buah-buahan. Malam pula saya tukar dengan mi atau pasta bersama ayam panggang dan daging,

Datin Nur Samsidar Mohd Zain

NUR SAMSIDAR mendedahkan kekal cantik dan sihat tanpa makanan tambahan.

Menggemari ulam-ulaman sejak remaja, dia mengikut amalan ibunya yang menggalakkan anak perempuan melebihkan ulam dan sayuran hijau dalam hidangan. Menurut Nur Samsidar, ibu adalah contoh terbaik dalam memberikan petua kesihatan dan kecantikan. Dalam setiap hidangan perlulah memiliki pelbagai warna sayuran dan buah-buahan.

Antara sayur yang wajib ada dalam hidangan adalah tomato, ulam raja dan petai. Banyak khasiat ketiga-tiga sayuran ini, tomato misalnya mengurangkan risiko kanser dan sakit jantung di samping membantu merawat masalah kulit.

Ulam raja pula diakui sebagai sayuran terbaik melancarkan peredaran darah, menguatkan tulang dan menyingkirkan toksin dalam badan manakala petai walaupun baunya kurang enak namun berkhasiat mengatasi anemia, mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah strok dan melancarkan sistem pencernaan,

katanya yang sentiasa memastikan mengambil salah satu sayuran di atas dalam menu makan tengah hari.

Ujarnya lagi sejak mendisiplinkan diri dalam pemakanan dia dapat berasakan tubuh lebih cergas, kurang mendapat penyakit seperti demam atau selesema malah tidak mudah penat terutama melakukan kerja rumah dan tugasan di luar.

Melihat kulitnya yang mulus tanpa sebarang cela, Nur Samsidar menjelaskan ia bukan sekadar menggunakan produk penjagaan wajah yang betul tetapi penjagaan dalaman turut mempengaruhinya.

Pengasas produk Voqq ini juga memberitahu sebelum melancarkan produk ini dia adalah pengamal rawatan penjagaan wajah secara alami.

Sebelum mengeluarkan produk berasaskan tomato dan oat saya sering membuat topeng wajah menggunakan tomato dan kunyit. Kesannya sangat memberangsangkan. Ini kerana selain menjadikan kulit bebas jerawat wajah lebih cerah dan segar. Biasanya tomato saya lenyek dan sapu pada kulit sebelum tidur. Saya biarkan selama 10 minit sebelum dibilas,

Datin Nur Samsidar Mohd Zain

Selain itu dia juga percaya minum jus tomato tiga kali seminggu sangat baik untuk kesihatan dan kesegaran wajah. Caranya ambil dua atau tiga biji tomato kisar bersama sedikit air kemudian minum jusnya setiap pagi.

AMALAN minum jus tomato tiga kali seminggu bagus untuk kulit.

Jus tomato sangat bagus untuk mereka yang mempunyai masalah kulit berjerawat dan kering. Saya juga turut mengambil air perahan lemon tanpa gula setiap hari dan air kosong satu liter sehari. Kurang minum air akan menyebabkan kulit kering dan tidak bermaya yang jelas terpancar menerusi wajah,

Datin Nur Samsidar Mohd Zain

Turut percaya kepada amalan pengambilan jamu, jelas wanita ini, sejak remaja dia sudah didedahkan dengan kacip fatimah yang diproses namun agak kurang ‘berselera’ dengan jamu asli disebabkan baunya kurang enak. Namun begitu wanita ini percaya kecantikan wanita akan lebih terserlah sekiranya mereka mengamalkan amalan berpantang secara lebih berdisiplin.

Berpantang mengikut kaedah tradisional atau amalan nenek moyang terdahulu memang menyimpan seribu khasiat. Lihat bagaimana orang terdahulu masih sihat dan kuat berkat amalan berpantang.

Malah beberapa amalan berpantang masih saya amalkan sehingga sekarang antaranya bertangas, berurut, bersauna dan memakai bengkung sebelum tidur. Ini saya lakukan sebulan sekali kerana ketiga-tiganya adalah petua daripada ibu yang diperturunkan untuk kekal langsing dan cantik.

Ia juga salah satu rahsia kebahagiaan rumah tangga. Berurut misalnya dapat memperbetulkan urat tersimpul sekali gus menjadikan peredaran darah lancar,

katanya yang percaya menjaga pemakanan ditambah bersenam setiap hari mengelak seseorang itu melaburkan duitnya untuk membeli makanan tambahan. Tanpa makanan tambahan wanita boleh kekal sihat dan cantik asalkan konsisten menjaga pemakanan.

Nur Samsidar juga memberikan sedikit panduan mengenai penjagaan kulit ketika Ramadan iaitu dengan memperbanyakkan minum air suam semasa sahur, pakai krim muka dan penyegar untuk melembapkan kulit pada waktu siang dan selepas solat.

Sumber Harian Metro : Rabu, 16 Mei 2018 @ 2:20 PM

Powered by themekiller.com